Program Cuti Sekolah (Kelas Dekorasi Cupcakes) & Advokasi KDB
27 November 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini telah dihadiri oleh 17 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 3. Program ini telah diadakan di Bilik Latihan PI Machan bermula dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari.
Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar sempena cuti sekolah serta meningkatkan kreativiti pelajar. Ia juga bertujuan menanam minat peserta untuk mendalami bidang masakan atau membuat kek serta mendeko kek.
Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Buli Siber. Ia bertujuan untuk mendidik peserta supaya tidak menyalahguna internet dan tidak menjadi pembuli siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: